BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 23, 2010

DARIHAL "USRAH"

1. Sesungguhnya Islam memandang sangat mustahak untuk membentuk ikatan-ikatan perpaduan untuk penganut-penganutnya. Ikatan-ikatan ini dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” Dengan terbentuknya apa yang dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” seperti itu akan dapatlah dipimpin penganut-penganut Islam tadi ke arah contoh-contoh pujaan yang tinggi, dan dapatlah pula diperkuatkan ikatan-ikatan yang ada pada
mereka, bahkan akan dapatlah dipertinggikan mutu “Ukhuwah” atau “Persaudaraan” di antara sesama mereka sendiri; iaitu dengan jalan membawa contoh-contoh pujaan dan persaudaraan itu dan peringkat
bualan dan pandangan teori kepada peningkat perbuatan dan amalan. Oleh itu, saudara sendiri juga hendaklah turut memandang berat serta bersedia untuk menjadi batu-bata yang sihat lagi berguna kepada
bangunan keluarga bentukan yang mulia ini; iaitu “Usrah Islamiah” atau “Keluarga Islam”.

2. Rukun ikatan “Usrah” ini tiga perkara yang mana hendaklah saudara memelihara serta
mengambil berat untuk bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan “usrah” tersebut tidaklah
semata-mata menjadi suatu beban yang tidak mempunyai sebarang erti. Tiga rukun tersebut ialah:
(1) Berkenalan; (2) Bersefahaman; dan (3) Berseimbangan.

3. Erti Berkenalan: “Berkenalan” di antara satu sama lain ialah rukun yang pertama bagi pengertian
“Usrah”; Oleh itu “ta’aruf” saudara-saudara hendaklah berkenal kenalan serta berkasih sayang dengan
semangat cinta kepada Agama Allah, dan hendaklah saudara-saudara menyedari serta memahami
pengertian hakikat “ukhuwah” (persaudaraan) sejati di antara sesama saudara saudara sendiri. Saudarasaudara
hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya jangan ada apa pun juga yang boleh
mengerohkan perhubungan “ukhuwah” itu. Ini boleh saudara-saudara lakukan dengan jalan sentiasa
menjunjung titah perintah firman-firman Allah dan hadith-hadith Rasul, bahkan dengan jalan menjadikan
firman-firman dan hadith-hadith itu perkara perkara yang wajib diutamakan ke atas perkara-perkara yang
lainnya.

4. Firman Tuhan:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
ertinya: (orang muslim ialah saudara bagi)
واعتصيموابحبلالله جميعا ولا تفرقوا
ertinya: (dan berpeganglah dengan tali Allah dalam ertikata kasih sayang mereka, dalam semuanya dan janganlah
kamu berpecah-belah)
5. Hadith Nabi:
المؤمن للمؤمن آالبنسان یشدبعضه بعضا
ertinya: (orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana banggunan yang sebahagianna memperkuatkan sebahagian
yang lain)
المسلم اخ اامسلم لا یظلمة ولا بسلمه
ertinya: (orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak
juga membiarkannya)
مثل الؤمنين قي توادّهم ونراحمهم وتعاطفهم آمثل الجسدالواحد
ertinya; (Perbandingan orang-orang mukmin dalam ertikata kasih saying mereka, dalam perasaan belas kasihan
mereka, dan dalam persimpatian mereka adalah laksana badan yang satu)

6. Malangnya, perintah-perintah Tuhan dan arahan-arahan Rasul itu, dalam zaman kebelakangan selepas
angkatan pertama dan zaman perkembangan Islam dahulu, telah berubah menjadi hanya cakap-cakap
kosong dikalangan orang-orang Islam sendiri dan ianya tidak lebih dan angan-angan sahaja. Tetapi,
walaubagaimana, apabila angkatan kita “ikhwan muslimin” muncul maka baharulah saudara-saudara
sempat membuktikan erti hakikat “Ta’aa-ruf” atau “Berkenalan” tadi secara amalan, malah saudara-saudara
ikhwan kita mencuba berkali-kali melaksanakan dasar “ta’aaruf” itu dikalangan masyarakat kita; saudarasaudara
juga membuktikan keazaman yang kuat untuk mencantum semula umat kita dengan berpandu
kepada semangat cinta kepada Allah dalam bentuk “ukhuwah Islamiah”. Oleh itu, saya mengambil peluang
mengucapkan tahniah sekiranya benar saudara-saudara sudah berazam begitu, malah saya berharap
begitulah hendaknya yang saudara-saudara azamkan dan Allah jualah yang akan memberi taufiknya
kepada saudara saudara sekelian.

7. Bersefahaman: Rukun yang kedua bagi “Peraturan”, atau susunan “Usrah”, ini ialah “Ta-faa-hum” atau
“Bersefahaman”: oleh itu, saudara-saudara hendaklah selama-lamanya berpegang dengan “Kebenaran”;
iaitu dengan jalan mengerjakan apa-apa yang diperintah Allah dan merentikan apa-apa yang dilarangnya
dan saudara-saudara juga hendaklah memeriksa diri sendiri dengan sehalus-halusnya samada saudara
saudara benar taat kepada perintah Allah atau pun terlibat ke dalam anna kederhakaan. Setelah memeriksa
diri sendiri, saudara-saudara hendaklah pula nasihat menasihati di antara satu sama lain apabila kelihatan
sesuatu “cacat”.
8. Dalam soal nasihat menasihati ini hendaklah saudara yang diberi nasihat itu bersedia serta sanggup
menerima nasihat dan saudaranya tadi dengan sukacita dan gembira dan memberi terimakasih atas
nasihatnya itu.
Saudara yang memberi nasihat itu pula janganlah berubah hati terhadap saudaranya yang “tersilap”
tadi walau pun perubahan perasaan hati itu sejarak sehelai rambut sekalipun.
9. Nasihat-nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dengan tidak memandang rendah terhadap
saudara yang dinasihatinya itu. Orang yang memberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia
bahkan ia hendaklah memberi nasihat dengan cara tidak melahirkan terang-terangan akan kesilapan
saudaranya itu kira-kira selama sebulan dengan tidak pun menceritakan segala kecacatan yang telah pun
diperhatinya pada “Ketuanya” (Ketua Usrah). Ia hendaklah menceritakan hal itu kepada “Ketua Usrah” jika
ia rasa tidak berdaya memperbaikinya. Dalam apa hal sekalipun, iaitu janganlah sekali-kali merasai tawar
hati terhadap saudaranya yang “silap” tadi malah hendaklah ia tetap memberi kasih sayang terus menerus
kepadanya sehinggalah Allah melakukan apa-apa perubahan yang dikehendakinya.

10. Dalam semua hal seperti yang dibentangkan tadi, saudara yang diberikan nasihat pula janganlah
menunjukkan kedegilan dan sikap keras kepalanya malah ia janganlah berubah hati walau sejarak rambut
sekali pun terhadap saudaranya yang memberi nasihat tadi; hendaklah difaham bahawa martabat “kasih
sayang” kerana Allah itu adalah setinggi-tinggi martabat bagi pengertian “kasih sayang” di kalangan umat
manusia, manakala “nasihat” itu pula adalah satu-satunya dasar yang amat penting di dalam ugama Islam.
Rasul bersabda- (ad dii-nun na-sii-hah) ertinya: (Ugama itu adalah nasihat). Oleh itu, perhatikanlah dalamdalam
— mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kamu — perhatikanlah dalam- dalam akan
pengajaran yang mulia di dalam hadith Rasul tadi, mudah-mudahan Allah selamatkan saudara-saudara di
antara sesama saudara-saudara sendiri, dan semoga Allah perkokohkan susunan saudara-saudara dengan
berkat ta’at saudara-saudara kepadaNya; dan semoga Allah elakkan kita dan saudara-saudara semua
danipada tipu-daya syaitan.
11. Bersaimbangan: “Bersaimbangan” atau (ta-kaa ful) ialah dasar memelihara nasib sesama sendiri supaya
jangan ada orang yang terbiar atau terlantar; oleh itu saudara-saudara hendaklah mengamalkan dasar
“takaful” ini dengan cara yang bersungguh-sunggul untuk bersama-sama menolong memikul bebanan
sesama sendiri. Dasar “Bersaimbangan” atau “takaful” ini merupakan tunjang iman dan inti-sari
“ukhuwah” sejati. Untuk mengamalkan rukun “Bersaimbangan” ini, saudara- saudara hendaklah sentiasa
bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarah, dan berganti ganti membuat kebajikan dengan jalan
segera menolong di antara satu sama lain sedaya upaya. Perhatikan sabda Rasul:

لان یمشي احدآم في حاجة اخيه خيرله من ان یعتكق في مسجدي هذاشهرا
Ertinya: (Kalau seseorang dan kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baginya daripada ia
ber ‘iktikaf sebulan di masjidku ini.)

Dalam suatu sabdanya yang lain, Rasul berkata yang ertinya:
(Barang siapa memberi kesukaan
kepada keluarga sesebuah rumah orang muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah melainkan dengan
syurga).
Mudah-mudahan Allah padukan saudara-saudara sekelian dengan pertolongannya sendiri; kerana
Allah itulah sebaik-baik Pengawal dan sebaik-baik Pembantu.
12. Wahai Saudara-saudara Ikhwan:
Jika saudara-saudara faham maksud di dalam “kewajipan-kewajipan” yang dihadapan saudara saudara,
dan di dalam “kerja-kerja” yang dihadapan saudara-saudara, jika saudara-saudara mengerjakannya maka
disitulah terletaknya segala sesuatu yang boleh menjayakan rukun-rukun “Ber-Usrah” tadi. Oleh itu,
saudara-saudara hendaklah sentiasa menyemak tugas tugas yang bercorak “tugas tolong-menolong” dan
tiap-tiap ahli “ikhwan” hendaklah memeriksa dirinya sendiri untuk melaksanakan “kewajipan-kewajipan”
tersebut.
13. Selain dan itu, hendaklah tiap-tiap “ikhwan” itu benar-benar menghadiri pertemuan-pertemuan yang
telah dijadualkan walau bagaimana uzur sekalipun, kemudian hendaklah ia segera menunaikan
kewajipannya untuk “Tabung Usrah” atau (Sun-duu-qul-Usrah) iaitu cawangan “Usrah” yang ia sendiri
menjadi ahlinya sehingga dengan demikian hendaknya janganlah sampai ada ahli yang tidak menunainya.
Sebenarnya, apabila saudara dapat menunaikan kewajipan-kewajipan yang bersifat perseorangan,
kemasyarakatan, dan kewangan seperti yang tertera tadi maka tidak syak lagi rukun-rukun “Usrah” kita ini
akan terlaksana dengan jayanya. Akan tetapi, sebaliknya, jika saudara-saudara mencuaikannya maka segala
rukun dan peraturan tersebut sudah tentu akan beransur-ansur mundur dan akhirnya terus mati; dan
dengan matinya “Peraturan Usrah” yang baik ini akan rugilah gerakan “Dakwah” ini kita serugi-ruginya.
Perlu ditegaskanbahawa gerakan “Dakwah” kita ini amatlah dikehendaki dan menjadi tempat harapan bagi
umat Islam seluruhnya.
14. Banyak juga di antara saudara-saudara “Ikhwan” kita bertanya: “Apakah yang hendak dibuat di dalam
pertemuan-pertemuan kita tiap-tiap minggu selaku sebuah “Usrah” menurut susunan dan peraturan ini?”
Perkara ini mudah sahaja; kerana alangkah banyaknya kewajipan kita sedangkan masa kita terlalu sedikit;
oleh itu pertemuan-pertemuan mingguan kita hendaklah dipenuhkan dengan perkara-perkara yang berikut:
15. Perkara (1):
Membentangkan Kesulitan:
Tiap-tiap seorang “ikhwan” hendaklah membentangkan kesulitan-kesulitannya, kemudian saudara saudara
yang lain turut mengambil berat untuk tolong mengatasi kesulitan-kesulitan itu; dan ini hendaklah

dilakukan di dalam suasana “ukhuwah” yang sejati dan dengan niat yang sebenar-benar ikhlas kerana
Allah. Dengan demikian dapatlah diperkuatkan lagi asas “saling percaya mempercayai” seperti mana juga
dapat diperkukuhkan tali hubungan “ukhuwah”. Rasul bersabda:
المؤمن مراّة اخيه
Ertinya: (Orang mu’min itu cermin bagi saudaranya).
Dengan demikian kita berharap semoga tercapailah sedikit sebanyak hikmat yang tersaji di dalam
hadith Rasul yang berbunyi:

مثل المومنين قي توادّهم وتراحمهم وتعاطقهم آمثل. الجيد الواحد. اذااشتكه منه
عصؤتداعي له سائرالجسد بالشهروالحمي
Ertinya:
(Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam ertikata belas kasihan mereka sesama
mereka, dan dalam erti kata timbang rasa simpati mereka adalah laksana badan yang satu; iaitu apabila mana-mana
anggota mengadukan hal maka turut menanggunglah seluruh badan dengan berjaga malam dan merasai demam).

16. Perkara (2):
Bermuzakarah:
Hendaklah saudara bermuzakarah iaitu bertukar tukar fikiran mengenai urusan-urusan Islam; hendaklah
menatap risalah-risalah arahan dan taklimat yang diedarkan oleh Pucuk Pimpinan kepada seluruh
cawangan “Usrah”. Dalam satu-satu pertemuan “Usrah” janganlah ada sebarang pertengkaran atau
bertikam lidah atau sikap menengking herdik kerana semuanya adalah dikira “haram” menurut Undang
undang Usrah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar
batas-batas sopan santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai fikiran yang datang semua
pihak yang mengambil bahagian di dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan,
atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan, atau hendak di penjelasan lanjut mengenai
cadangan yang sedang ditimbangkan itu, maka perkara itu hendaklah diserahkan kepada “Ketua Usrah”
supaya beliau sempat terlebih dahulu mengemukakannya kepada “Pucuk Pimpinan”. Jangan dibuat
keputusan mengenai sesuatu perkara dengan cara terburu-buru. Tuhan mencela umat-umat manusia yang
bersikap terburu dengan firmanNya:
واذاجاءهم امرمن الامن اوالخوق اذاعوابه
Ertinya:
(Dan apabila datang kepada mereka sesuatu perkara mengenai keamanan atau ketakutan maka mereka pun terus
mencanangkannya.)
Setelah Tuhan mencela mereka yang berperangai begitu maka Tuhan tunjukkan pula apa-apa yang
semestinya dilakukan apabila tersua dengan suasana seperti itu.
Tuhan berfirman:
ولوردوه الي الترسول والي ألي الامرمنهم لعلمه التذین یستنبطو نه منهم
Ertinya: (Kalaulah mereka kembalikannya kepada Rasul dan kepada Pihak Berkuasa dan antara mereka sendirii nescaya
orang-orang yang menimbangnya itu menge tahui hakikatnya.)

17. Perkara (3):
Kajian Buku:
Hendaklah saudara-saudara mengadakan suatu kajian yang berfaedah mengenai sesebuah kitab yang
bermutu. Apabila sudah membuat kajian begitu, maka hendaklah saudara-saudara angkatan Ikhwan
beraleh pula untuk menjayakan erti “Ukhuwah” hatta dalam perkara-tunjuk “muka manis” sekalipun; dan
alangkah banyaknya perkara-perkara yang berfaedah seperti itu yang mana tentulah tidak termuat oleh
terlalu banyaknya di dalam kitab-kitab dan buku-buku. Perkara-perkara ini tentulah tidak dapat disedia
sekali gus di dalam “Taklimat-Takimat” dalam perkara perkara seperti ini; iaitu seperti menziarah orang
sakit; menolong orang-orang yang berhajat walaupun dengan hanya sekadar kata-kata yang baik; mencari
dan bertanyakan hal tentang saudara-saudara yang tidak kelihatan bersama-sama kumpulan; dan
menanggong bebanan saudara-saudara yang terputus rezeki. Semuanya itu dapat menambahkan lagi tali
“Ukhuwah” dan dapat melipatgandakan perasaan kasih sayang di dalam hati masing-masing.
18. Rencana Tambahan:
Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan di antara saudara-saudara “Ikhwan Muslimin”, maka mereka
sendiri hendaklah memandang mustahak perkara-perkara yang berikut: -
(1) Mengadakan perkelahan yang bercorak kebudayaan untuk melawat ke tempat-tempat yang ber sejarah,
gudang-gudang perusahaan, dan sebagainya.
(2) Mengadakan perkelah-kelahan riadzah pada tiap tiap bulan.
(3) Mengadakan perkelah-kelahan berdayong sampan.
(4) Mengadakan perkelah-kelahan ke bukit-bukit, ke padang-padang pasir dan ke ladang-ladang.
(5) Mengadakan bermacam-macam perkelahan dengan mengguna basikal.
(6) Berpuasa seminggu sekali atau dua minggu sekali.
(7) Sembahyang Subuh berjama’ah di masjid Sekurang-kurangnya seminggu sekali.
(8) Berikhtiar seboleh-bolehnya bermalam beramai ramai seminggu sekali atau dua minggu sekali.
sampai sini sahaja....ad lagi...nnt lah..~

Usrah & Dakwah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

لَّذِینَ یُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَیَخْشَوْنَهُ وَلَا یَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ وَآَفَى بِاللَّهِ حَسِيبًا
(39)

“Orang-orang yang menyampaikan risalah Tuhannya (Allah) dan takut hanya kepadanya tidak kepada
lainnya, cukuplah Allah sebagai Pengira segala Amal dan makhluknya.”
( Al-Ahzab:39)

قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُم بِوَاحِدَةٍ أَن تَقُومُوا لِلَّهِ مَثْنَى وَفُرَادَى ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا مَا بِصَاحِبِكُم مِّن
( جِنَّةٍ إِنْ هُوَ إِلَّا نَذِیرٌ لَّكُم بَيْنَ یَدَيْ عَذَابٍ شَدِیدٍ ( 46
Katakanlah !
Hanya sebuah wasiatku kepadamu, yalah, kamu akan menghadap kepada Allah berdua-dua dan sendiri
sendiri. Kemudian renungkanlah dalam-dalam. Tidak ada sifat gila pada sahabat kamu itu (Muhammad).
ía hanyalah seorang pembawa peringatan buat kamu dihadapan adzab yang pedih.

Katakanlah!
( قُلْ مَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ فَهُوَ لَكُمْ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ وَهُوَ عَلَى آُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ ( 47
Upah yang kuharapkan dari kamu adalah buat kamu. Balasan jasa buatku terserah kepada Allah, kerana
ia menyaksikan segala sesuatu.
Katakanlah!
( قُلْ إِنَّ رَبِّي یَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَّامُ الْغُيُوبِ ( 48
Sesungguhnya Tuhanku yang Maha mengetahui perkara ghaib mewahyukan kebenaran kepadaku.
Katakanlah!
( قُلْ جَاء الْحَقُّ وَمَا یُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا یُعِيدُ ( 49
Telah datang kebenaran, dan kebathilan tidak bisa memulai sesuatu buat mengalahkan kebenaran dan
tidak bisa mengembalikannya.
Katakanlah!
( قُلْ إِن ضَلَلْتُ فَإِنَّمَا أَضِلُّ عَلَى نَفْسِي وَإِنِ اهْتَدَیْتُ فَبِمَا یُوحِي إِلَيَّ رَبِّي إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِیبٌ ( 50
Jika aku sesat, maka kesesatan itu buat diriku sendiri, dan jika aku terpimpin, maka itulah wahyu dan
Tuhanku, sesungguhnya Ia Maha Mendengar, yang dekat.
( Saba’: 46-50 )

ENAM PEGANGAN
1. Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya.
2. Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.
3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat
menahankan penderitaan dan kepapaan.
4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya
kepada Allah s.w.t.
5. Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan
perjuangan.

6. Belajarlah menfanakan diri guna kepentingan Cita dan Agama.

Inilah perutusanku kepada saudara-saudara para Mujahidin didalam “Ikhwan Muslimin” yang
beriman kepada kemuliaan Dakwah mereka, beriman kepada kesucian Fikrah (Falsafah Hidup) mereka, dan sungguh sungguh berazam hendak sehidup dan semati dengan Dakwah serta Fikrah mereka: kepada hanya
saudara saudara tertentu inilah sahajalah saya mengemukakan kata-kata yang rengkas ini iaitu kata-kata
yang herupa arahan-arahan (directives) yang mesti ditunaikan bukan mata pelajaran yang dihafadz dibibir
mulut.
Oleh itu marilah segera kearah “bekerja” wahai saudara saudara Saduqun, dan segala amalan kamu itu akan dibuktikan oleh Allah, RasulNya, dan oleh orang-orang Mukminin, dan kamu sekalian akan dikembalikan kelak kepada Tuhan Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi dan yang nyata lalu
diterangkannya kepada kamu apa-apa yang telah kamu “Kerjakan”.
Sebenarnya: “ini ialah jalanku yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutnya dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan yang lain kelak dikelincungkannya kamu dan jalan Allah; itulah amanat yang
diwasiatkan nya kepada kamu mudah-mudahan kamu terpelihara.”
Adapun selain dan para “Mujahidin” tadi, maka untuk mereka sudah pun ada berbagai-bagai
pelajaran, ceramah, kitab, rencana tulisan, tanda lambang, Jabatan, dan masing-masing dengan
kesanggupannya, maka berlumba-lumbalah ke arah kebajikan sedang Allah menjanjikan kebaikan kepada setiap pihak.

Sunday, November 21, 2010

bce2

Ya Akhawat Fil Islaam, Wahai Muslimah2@Facebook, Walau Di Mana Jua Antunna Berada..

Atas Dasar Ukhuwwah & Kasih yang Tidak Terhingga terhadap Antunna, PS Amat-amat Memohon drp Lubuk Hati yang Paling Mendalam....

'SILA DELETE KESELURUH GAMBAR2 ANTUNNA YANG MASIH TERSISA DI FACEBOOK DENGAN KADAR SEBERAPA SEGERA!'.

Terutamanya kepada Mereka yang Belum Berpurdah, Gambar-gambar Antunna di Ambang Bahaya dan boleh menjadi Asbab Fitnah yang Maha Dahsyat kepada Diri, Keluarga dan kepada Addenul Islam itu Sendiri.

Bagi Memastikan Antunna Melakukannya pada SAAT DAN KETIKA INI juga, di bawah ini PS sertakan Beberapa Artikel Beserta Bukti Kukuh bagi Meyakinkan Antunna untuk men'DELETE' Gambar-Gambar tersebut Tanpa Ragu2.

[ ARTIKEL 1 ] ~ TANGAN KOTOR : MEMBOGELKAN GAMBAR MUSLIMAH DENGAN SUPER IMPOSE

Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk menyebutkannya di sini.

Post kali ini, saya cuba menarik para pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang saya maksudkan di atas, cuba dikembangkan. Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan SUPER IMPOSE.

Iaitu, mengambil beberapa keping gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di”tampal” pada tubuh mana-mana yang tidak berpakaian.

Maka, akan terhasil seorang wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian. Kerja-kerja ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?

Oh ya, FACEBOOK adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa! Hah.. Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita pula yang kena.

Lebih teruk apabila gambar tersebut dibuat animasi dengan format GIF. Animasi yang boleh ditampal dengan mudah di web-web lucah. Asalnya ia merupakan gambar kaku, tetapi apabila diubahsuai dan diset dalam format GIF, akan terhasil animasi bergerak. Antaranya AKSI-AKSI RANJANG yang agak mengaibkan untuk disebut di sini.

Baca Selanjutnya --> http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/tangan-kotor-membogelkan-gambar.html

[ ARTIKEL 2 ] ~ AWAS MUSLIMAHKU !!

ASAL FOTO INI ADALAH BERTUDUNG SEMPURNA, NAMUN TELAH DIEKSPLOITASI MELALUI TEKNIK SUPER IMPOSE DAN SINAR X-RAY UNTUK MENAMPAKKAN BAHAGIAN DALAMAN. MAKA KEPADA PARA MUSLIMAH DIKASIHI ALLAH SEKALIAN ,TOLONG DELETE FOTO-FOTO ANDA DALAM MANA-MANA LAMAN PERIBADI ANDA SEPERTI fACEBOOK ,BLOG @ fRIENDSTER SEBELUM MENJADI MANGSA DAN FOTO-FOTO ANDA TERSEBAR DI INTERNET OLEH MUSUH2 ISLAM DAN KAKI PORNOGRAFI

Mungkin proses eksploitasi ini tidak dapat dilakukan jika mana gambar ini sudah tetap..namun sebagai langkah berjaga-jaga, seelok-eloknya tidak wajarlah bagi seorang muslimah mempamerkan gambarnya kepada bukan mahramnya. Jika difikir-fikirkan, kenapa sibuk mempamerkan wajah pada orang tatapan ramai ?..NAK TUNJUK CANTIK??? {PS : NAK KEPUJIAN LELAKI????} Hmmm..cukuplah pamerkan pada suami kalian nanti..renung-renungkanlah.

Baca Selanjutnya --> http://serikandiumar93.blogspot.com/2010/06/awas-muslimahku.html

[ARTIKEL 3] HATI-HATI : FACEBOOK MEMUDAHKAN SI BERTUDUNG DITELANJANGKAN

Susulan daripada artikel saya sebelum ini, yang berkaitan dengan gambar perempuan bertudung yang dieksploitasikan, saya rasa perlu untuk mengulas lebih lanjut tentang istilah “body scanning”. Mungkin ia kelihatan agak tak masuk akal untuk dihasilkan. Tapi, sila baca beberapa kaedah di bawah, yang MEMUNGKINKAN proses ini akan berhasil.

1. Semua orang sudah tahu, bahawa pakaian tidak boleh ditembusi. Tetapi di Airport telah meletakkan sistem “mengkantoikan” anggota badan secara penuh. Dahulu, kita tidak pernah terfikir ia akan berlaku. Tetapi sekarang, ia sudah berlaku.

Ok, ada yang mengatakan bahawa, itu adalah anggota badan secara langsung, bukan melalui gambar. Penjelasannya pada nombor 2.

2. Cuba kita lihat di dalam ruangan Facebook. Kebanyakan pelayar Facebook yang memakai pakaian menutup aurat, tetapi adakah tidak boleh diimaginasikan bentuk tubuh mereka?

Contoh, di dalam gambar 1, si A melakukan aksi 1, gambar kedua pula melakukan aksi 2, sehinggalah 5 keping gambar, dan kesemuanya aksi yang berbeza (walaupun aksi bersahaja dan memakai niqab).

Maka, berdasarkan ukuran baju, lipatan kain, dan sebagainya, memungkinkan tubuh badannya diolah dalam bentuk 3D. Ia adalah hasil imaginasi yang dapat diterjemahkan daripada 5 gambar tersebut. Bukan sahaja 5, 1 pun sudah cukup.

Semua orang tahu, tubuh badan wanita semuanya sama, gemuk bentuknya begini, kurus bentuknya begini, pinggang lebar bentuknya begini, dan sebagainya. Maka, daripada gambar yang tertera, mereka mengolah kepada bentuk 3D, kerana manusia punyai imaginasi.

Senang cerita, kalau anda tengok perempuan bertudung, anda akan dapat mengimaginasi sehingga “menelanjangkan” tubuhnya, walaupun aurat semuanya ditutup. Maka, Islam mengajar kita untuk “menjaga pandangan”, walaupun kepada mereka yang menutup aurat.

Baca Selanjutnya--> http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/hati-hati-facebook-memudahkan-si.html

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Demi Kasih dan Cinta PS kepada Antunna, Sekali Lagi PS pohon....

' TOLONG DELETE DENGAN SEGERA, KESEMUA GAMBAR ANTUNNA @ FACEBOOK, SEKALIPUN IANYA TELAH DI'LOCK'.

SEBELUM IANYA DIEKSPLOITASI OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM, SAMADA MENGGUNAKAN TEKNIK 'SUPER IMPOSE', 'SINAR X-RAY' ATAU '3D BODY SCANNING' UNTUK MENGAIBKAN MARUAH KAUM MUSLIMAH YANG MEMELIHARA AURATNYA, SETERUSNYA MENCEMARKAN KESUCIAN ADDENUL ISLAM"

Waakhiran Laisa Biakhirin,

Demi Ukhuwwah dan Kasihku Kepada Kalian, PS Amat-amat Memohon Agar Disebarluaskan Info ini kpd Seramai Mungkin Sahabiah2 Antunna di Luar Sana...

& Seterusnya, buat Ikhwahku yang KuKasihi, Sebarluaskan juga Info ini kpd seluruh Mahrammu, Kaum Kerabatmu, mahupun Teman2 Muslimahmu di FB....Demi Memelihara Kesucian Maruah Akhawat Kita dan Menjaga Kemurnian Addeenul Islam yang Sama-sama Kita Cintai...

hadith ke 2 drp hadith 4o

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya :
Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ? Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu. ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya. Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) : Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ? Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

innamal 'amaalu binniat

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya :
" Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Wednesday, November 17, 2010

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com

E!d HAj!e

argghh..best2..hamdallah....jamuan berjalan dengan baik...mmg best gile...jpe kawan2 lame2...ad y imtiaz,sesma,mrsm n iz....geng2 6 mulia 2008..sonok2..

n nkumpul dgn sanak saudara...mmg x dpt dgmbrkn kgmbiraan tu...walupun penat but son00wk...hahaha...

okeyh..jom tgk poto2 smpena eid aji ni...skit je ltk... =)

dari kiri munirah,athifah n najwa..luv them!!may ALLAH bless them!

=)

sesi membakar..

dari kiri,faizal,syazwan,firdaus n irwan..

classmate jgk....

irwan si mulut bnyk!!mkn pun same bnyk..hak3 =)

may ALLAH them!!!

sesi jual jam...ramai jgk y bli.ari tu abh bg murah....
3-rm1o...hahaa...rmai laa y berebut...
ank berank.. =)

mY pok su..21.
ank bongsu ni..
belah umi..
may ALLAH bless him =)

haa??knl x??x kn x knl kowt...

syahmi n kwn dye..x taw nme..

thnx sbb dtg..

kte syahmi,'rezeki jangan ditolak'

hahaha..pape jep lah...

my beloved pok n his family,dari kiri

adila,teh,izzati n pok zailani...mkn knyg2!!

suasana rumah...ramai jgk sanak saudara ena yup..
makan2....beser rmh ena laa kitorg slalu kump.. =)

sesi bakar2..yea...bermula pukul 9 lebih...kul 10 pok su n abg faza n zikri n spupu abg faza dtg utk tlg2 bakar aym udang n sotong...

udang n sotong???hmm tu lah pnybb lalat2 dtg...bnyk sgt2..tp mknn insyaALLAH terjamin lg bersih...ttup seme...lalat!klu org daa x nk dtg rmh ena lg,kao akn jd musuh ena!!!

waaah....belah sane udang..sini ayam..
peghh..panas2...hikhik..
:D

ni poksu n tok..rajin btowl dorg...hahah..of koz..nk arapkn ena..hikhik..eyh..ena duk cbuk kt dapur taw..goreng2..bnyk wwooo

dalam kol 10 pagi..hidupkn api...lmbt jgk..

haaa...mmg best btow..tp kecewa ckit sbb kwn2 ramai y kte nk mari..tp.mne er??di antaranye qyla n member2 sek rndh..hmm xpe lah...kekgi reunion besa2 nan skbb 6m 2008.

cant wait!

okeh..setakat ni je lah...harap ukhwah y terjalin akn kekal hingga ke akhir hayat...ukhwah memang manis...tautkn tali ukhwah,.eratkn silaturrahim,.

salam,pen off

_BINNABIL.SDN.BHD_

Saturday, November 13, 2010

editing...mey obby.. huk3 =]

best frendz in primary school =]

me!!

kenkawan...form 2 2oio.. =)

kenkawan lam kelas 2 MuL bEsT 2 :]

ena daa xde pape nk boowat..
seser nyaa ena edit poto..
tapi tengok skrg...edit main2 jaa..
hodoss....ni ena cbe photoshop 7.o..
cam x best jaa...daa lme daa..tp x gne powm...

ena suke au edit2 poto neyh...
klu x edit poto beser ena buat vid...
bnyk daa vid y ena boowat...
nk upload lam ney lme sgt...
mls nk tggu....x ley klu x off comp.
hem..x paa naa...

nk mntk edit gamba kactau laa ek...
bowring banget neyh.. =]
binnabil.sdn.bhd

Thursday, November 11, 2010

hatiku milikNYA

Jemari kemas menggengam pena,
Melakar karya cinta pada-Nya,
Fikiran lemas tipuan buana,
Inilah puisi hatiku milik-Nya.

Hati tunduk mengabdikan diri,
Jiwa teguh ujian ilahi,
Tarbiah nafsu didik peribadi,
Insan soleh tetamu syurgawi.
Mata melirik semesta duniawi,
Telinga mendengar zikir yang suci,
Akal mentafsir yang tersurat,
Naluri menyingkap yang tersirat.
Susuri jalan yang satu,
Redahi ujian dalam rahmat-Nya,
Semakin berpadu cahaya kasih-Nya,
Benarlah kini, hatiku milik-Nya.
Mencari cinta ku temui noktah,
Mencari rindu ku temui sendu,
Mencari kasih ku temui sedih,
Mencari gembira ku temui lara.
Kian tercipta denai cinta,
Bisa terlukis hamparan rindu,
Moga terlakar gelombang kasih,
Agar terpahat lukisan gembira.
Pena ini terus bertinta,
Menanti ilham menukil kata,
Hatiku ini tetap milik-Nya,
Dari azali hingga akhir nyawa.
~binnabil sdn bhd~

Andai Seorang Lelaki Itu Datang

~Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
~Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
~Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
~Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
~Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
~Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...
~Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
~Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...

MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,

"Kau sangat comel pada mataku"

"Kau dah seperti adik kandungku"

"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"

"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"

"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"

"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.

Sesungguhnya, neraka itu hakiki...

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...